Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Resepi Kuih Ros / Loyang / Goyang

Kuih Ros


Bahan-bahan:-


1kg tepung beras

4 biji telur
3 cawan gula
Sebiji kelapa (3 kali perahan)
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:-


1. Telur dipukul - bagi kuning dan putih campur sekata

2. Masukkan telur, gula ke dalam tepung 
3. Masukkan santan..gaulkan semuanya .. mula-mula tepung akan berketul sedikit..kacau jer sampai tak berketul dan gula dah tak terasa di tangan...jangan terlampau pekat dan jgn terlampau cair...
4. Tapiskan tepung 
5. Panaskan minyak dan acu
6. Bila minyak dan acu sudah cukup panas...mula lah menggoreng..


Tips:-

1. Ada orang masukkan tepung gandum untuk bagi rangupkan lagi...boleh la masukkan 1 sudu besar 

2. Minyak jangan terlampau panas...kalau terlampau panas...kuih akan menggerutu 
3. Acu tak boleh terlampau panas sebab nanti tepung tak lekat di acu
4. Acu pun tak boleh sejuk sebab nanti tepung tak lekat di acu
5. Bila nak menggoreng...dan tepung dah lekat di acu...jgn terus letak di atas kuali...biar dipegang dulu...dalam 20 sec dipegang, baru letakkan di atas kuali...kalau terus letak...klu tepung agak cair...akan berlubang..
6. Biarkan dalam acu sampai dah boleh jadi bentuk bunga...kalau cepat sangat keluarkan dari acu...nanti tak cantik
7. Sesetengah kuih akan berminyak...kalau berminyak...tepung tu dah cair sangat...klu ada tepung beras lg...masukkan sedikit...klu tak ada..terpaksa la tos kan minyak...biasanya guna tisu utk dapur tu....tisu tu cepat serap minyak...letak tisu atas n bawah kuih
8. Guna lidi sate tuk membalik dan mengangkat kuih...lagi senang...

Banyaknya tips...selamat mencuba..


Wednesday, February 27, 2013

Kuih Lopeh Sagu


Sagu Kelapa

Punya la lama aku tak update blog ni. Kali ni aku nak share resepi Kuih Lopeh Sagu (tak tau la kat negeri lain nama lain plak). Kuih ni memang salah satu faveret aku...tadi kelapa suruh anak aku g kat kedai beli...x berapa cantik ler kelapa nya. Resepi ni kakak aku yang bagi, dia pun penggemar kuih ni.

Bahan-bahan:-

2 cawan sagu
3 cawan air
1 cawan gula
1 helai daun pandan (simpulkan jer)
pewarna (sukahati la nak warna merah ke..hijau ker..)
nyior (kelapa la tu..) putih

Cara-Cara:-

1. Sagu direndam dalam 10 minit kemudian toskan
2. Masukkan air, gula, pewarna dan daun pandan
3. Masak sehingga mendidih
4. Masukkan Sagu dan kacau sampai kembang
5. Bila dah kembang, angkat dan bubuh dalam loyang atau acuan
6. Bila dah sejuk - potong dan gaulkan nyior putih dan sikit garam
7. Siap untuk dihidang

Kuih ni akan rasa lembik sikit sebab aku tak suka jenis keras. Lembik lagi sedap.

Sunday, July 22, 2012

Kuih Gelang / Keria









Resepi kedua yang aku buat untuk 1 Ramadhan ialah Kuih Gelang atau di sesetengah tempat di panggil Kuih Keria.


Bahan-Bahan:-

1. Ubi Keledek
2. Gula
3. Air
4. Tepung Gandum (bergantung pada berapa banyak ubi keledek)

Cara-Cara:-

1. Buang kulit ubi keledek dan rebuskan
2. Bila dah empuk, buang air rebus
3. Lenyekkan semasa ubi sedang panas dan terus masukkan tepung dan gula sedikit
4. Tepung jangan banyak sangat nanti keras. Tepung sekadar untuk membolehkan ubi tu dibuat buat
5. Bila ubi dah tak melekat di tangan..buat la bentuk gelang dan kemudian goreng
6. Goreng nampak kuning jer..jangan garing ..nanti keras
7. Bila dah goreng jadi la seperti gambar di bawah ni.

 


Kuih Keria 
nak cepat..camni la rupanya..

8. Bila semua dah digoreng, masukkan sedikit air dalam kuali dan juga gula
9. Gula tengok la berapa banyak hasil kuih gelang tadi tu...kalau banyak..banyak la taruk gula tu...
10. Bila gula + air tu dah menggelegak dan nampak macam pekat sikit...padam kan api...
11. Masukkan kuih2 gelang tadi kemudian kacau sampai gula tu jadi keras 
12. Jangan buka api...nanti gula jadi cair balik
13. Gaul sampai jadi seperti di bawah.

Kuih Keria
Inilah hasilnya...

Pengat Ubi

Hari pertama puasa aku membuat dua jenis masakan yang berkaitan dengan Ubi Keledek. Yang pertama aku masak Pengat Ubi. Pengat Ubi ni cadangan dari kakak aku..dia cakap sedap bukan main (sedap sesangat la katakan..biasa la masa puasa..semua sedap).


Pengat Ubi
Ubi Keledek Yang Telah Dipotong Keci-kecil

Bahan-Bahan:-

1. Ubi Keledek (elok diguna yang jenis keledek oren - potong kecil-kecil, jangan besar penumbuk lak...)
2. Biji Sagu - tak perlu banyak sangat, tengok jumlah keledek
3. Gula merah - ikut suka la..
4. Gula putih - agak-agak la..ada orang suka manis, ada orang suka manis2 buah je
5. Daun pandan 2 helai
6. Santan kelapa sebiji
7. Air - sikit jer untuk masak gula merah

Ubi
Ubi yang dimasukkan dalam gula merah

Cara-Cara:- 

1.  Masukkan gula merah dalam periuk dan masukkan air (tak perlu banyak sangat)
2. Bila dah menggelegak tapiskan gula merah (sbb dalam gula merah tu mcm ada pasir)
3. Panas kan balik gula merah dan masuk kan Ubi keledek & gula putih
4. Bila dah menggelegak masukkan santan dan sagu dan daun pandan
5. Biar sampai sagu dah elok kembang dan ubi dan elok empuk
6. Pastu rasa la..kalau kurang manis..tambah lagi gula..kalau terlebih manis masukkan la air lagi..kalau nampak pekat sangat..masukkan air ..pandai-pandai la...hehehe
 
 
Biji Sagu
Ini la biji sagu

Bila dah masak tu..hidang la..setengah orang suka makan dengan roti dan ada yang makan begitu saja...suka hati la nak makan macam mana.


Ubi 
Ini lah hasilnya

Wednesday, July 11, 2012

Cucur Kobis Bersama Lobak Merah

Punya la lama tak update blog kuih tradisional ni...Di sini aku nak share cara-cara nak masak Cucur Kobis bersama Lobak Merah. Ini makanan orang kampung...jadi orang-orang kampung je biasa makan cucur2 ni. Senang je nak masak cucur ni.


Bahan-Bahan:-

Tepung Gandum (ikut suka hati la)
Lobak Merah (agak-agak la)
Sayur Kobis (agak-agak jugak)
Garam (jangan la masin sangat)
Kunyit (secubit je)
Air  (bukan sebaldi yer..)

Cara-Cara:-

1. Potong dadu lobak merah
2. Sayur kopis potong2 macam biasa. Macam aku x suka halus2..suka besar2..sebabnya bila goreng..sayur kobis tu rasa garing.
3. Masukkan lobak merah dengan kobis dalam tepung gandum
4. Air (nak mcm garing..guna air sejuk) dalam secawan besar di campur dengan garam dan kunyit
5. Tepung gandum digaul bersama-sama dengan air tadi...jangan sampai cair tepung tu..jangan terlampau pekat atau terlampau cair.
6. Selepas tu digoreng dan boleh la di makan.

cucur
Ni Sebelum digaul

Ni selepas digaul dengan air


Cucur Carrot
Ni la hasilnya


Tuesday, October 20, 2009

Resepi Roti Roll

Roll Bread
Malam tadi baru buat roti roll (betul la kut namanya). Resepinya kawan aku yang beritahu.

Bahan-bahan:-

Kulit Popia
Roti buku (roti gardenia tu la)
Hotdog
Telur (+ garam)

Cara-caranya:-

1. Goreng telur sampai hancur
2. Hotdog direbus atau digoreng
3. Gelek roti buku kasi leper (supaya masa goreng minyak tak meresap masuk ke dalam roti)
4. Masukkan telur + hotdog - digulung
5. Digulung pula dengan kulit popia (nak rapatkan kulit tu hujung kulit tu taruk la air tepung gandum)
6. Goreng - cukup la sekadar kulit popia tu kekuningan sebab hotdog + telur tadi sudah dimasak
7. Dihidangkan bersama2 mayonis + sos cili

Selamat mencuba.

Tuesday, August 07, 2007

Resepi - Kuih Bangkit

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 biji kelapa (diambil pati santannya)
5 biji telur ayam

1 paket tepung sagu
Sedikit serbuk penaik

Cara Membuat:-

Ayak tepung gandum & tepung sagu serta serbuk penaik kemudian gaulkan sehingga sebati. Masukkan santan, telur & gula dan dipukul sehingga kembang. Masukkan tepung kedalam adunan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Terapkan dengan acuan. Bakar dengan suhu yang sederhana sehingga masak.

Resepi - Kuih Bahulu

Bahan-bahan:-

4 biji telur
125 gm tepung serbuk penaik
125 gm gula halus, dijemur sebentar

Secubit garam
2 sudu teh tepung beras

Cara Membuat:-

Pukul telur sehingga berbuih, masukkan gula dan pukul lagi sehingga pekat. Sedikit demi sedikit, masukkan tepung yang diayak bersama gula tadi dan kacau perlahan-lahan untuk mendapatkan satu adunan yang rata. Dengan menggunakan api arang, panas dan minyakkan acuan kuih bahulu. Dengan menggunakan sudu, isikan adunan itu ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh dan kemudian tutup dengan tudungnya. Masak sehingga elok naiknya dan bahagian atas serta bawah kuih bahulu itu kuning keemasan. Keluarkan kuih bahulu yang telah masak itu. Ulang proses ini sehingga semua adunan habis digunakan. Sejukkan. Hidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi - Rempeyek

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis, dikisar
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuat:-

Bersihkan dan tuskan kacang tanah. bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah. Apabila agak keperangan, angkat dan tuskan.