Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.

Friday, March 28, 2014

Acuan Kuih Sepit / Kapit

Kali ni saya nak kongsi rupa bentuk acuan kuih sepit atau dikenali juga sebagai kuih kapit. Kuih ini bukan sahaja terkenal dikalangan masyarakat melayu tetapi juga dikalangan masyarakat Cina. Masyarakat Cina memanggil kuih ini sebagai love letter. 

Tengok acuan dari blog theerraticdreamer, dalam ada satu acuan ada 2, senang kan...sekali masak terus buat 2. Yang lagi satu pula yang bentuk lama. 

acuan kuih sepit / kapit
Credit To The Erratic Dreamer

acuan kuih kapit
Credit To The Erratic Dreamer
Acuan dari blog Mysharil ini, sama seperti Erratic Dreamer, inilah cara memasak pada zaman dulu-dulu tapi zaman dulu biasanya bakar satu-satu, acuan pun tak banyak kan. Yang ni acuan banyak...


acuan kuih kapit
Credit To Mysharil Fotografi
Dari Kosmo ni pula, ini memang sesuai untuk mereka yang ingin buat perniagaan kuit sepit/kapit ni. 


acuan kuih sepit
Credit to Kosmo

Gambar bawah ini pula dari Zul Design..siapa yang tidak kenal dengan Encik Zul ni kan. Tak pasti gambar di atas sama bentuk dengan design Encik Zul ni. Tapi dua-dua gambar ni memang sesuai untuk sesiapa yang ingin berbisnes kuih ni. 

acuan kuih kapit
Credit To Zul Design


Acuan Kuih Goyang / Loyang / Ros


Kepada sesiapa yang ingin membuat kuih goyang (resepi cara membuat kuih goyang ada di sini) ... diwajibkan untuk mencari acuan nya... kalau tak ada acuan kuih tersebut macam mana nak menggoyang kan. Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk acuan kuih goyang ini. Yang biasa kita tengok adalah yang berbentuk bulat. Dari blog Nasi Lemak Lover, ada pelbagai bentuk lain rupanya. Ada yang berbentuk bintang dan rama-rama. Menarik kan..Rama-rama tu macam menarik jer. Biasanya saya guna yang berbentuk bulat jer.


acuan kuih ros
Credit to Nasi Lemak Lover

Thursday, March 27, 2014

Kuih Tradisional Yang Susah Nak Buat

Assalamualaikum

Rasanya dah lama sangat tak update blog kuih tradisional ni. Berkenaan dengan tajuk n3 kali ni... "kuih tradisional yang susah nak buat"...betul ke? Bila susah nak buat faham-faham sahaja la...mesti tak nak buat terus. Ada juga kebenarannya....ada sesetengah kuih tradisional yang susah nak buat...rasanya bukan susah tapi remeh dan leceh. 

Macam kuih sepit/kapit, bancuhan memang mudah, tapi bila tiba bab nak membakar/mengapit...itu yang ambil masa lama...lepas tu kena gulung atau lipat masa panas2 tu....bila dah sejuk dah tak boleh nak gulung atau lipat.

kuih kapit

Begitu juga dengan kuih goyang/loyang, bancuh sekejap jer tapi bila bab nak menggoreng...memang ambil masa yang lama di depan kuali. Biasanya bila nak menggoreng...kena duduk la...kalau berdiri...mau keras..


Lagi satu kuih dodol, memang sedap rasanya bila dah siap terutama yang sedang panas-panas tu, yang masih lembek2 tu..tapi nak membuatnya...berpeluh ooo...kalau sorang...pitam nak mengacau...kalau kat kampung dulu-dulu, buat dodol ini ramai-ramai, kemudian bahagi sama rata hasilnya. Kalau pagi start kacau...tengahari atau petang baru siap...



Kuih bahulu pun salah satu kuih yang leceh untuk dibuat tapi zaman dahulu la...zaman sekarang dah ada oven yang boleh bakar atas bawah...senang. Kalau zaman dahulu, kena pukul telur nak jadi kembang punya la lama...itu satu...bila bab nak bakarnya plak...pakai periuk...lepas tu atas periuk ada letak macam penutup buruk yang agak besar supaya boleh letak arang atau sabut kat atas...ini untuk membolehkan bahagian atas pun di bakar...punya la leceh...api atas bawah kena jaga...orang zaman nak suruh buat macam tu...takkan buat la..


Kuih Siput dan rempeyek juga spesis kuih yang agak leceh nak dibuat. Leceh tak leceh bila ada penggemarnya buat la juga.