Assalamualaikum
Kalau sebelum ini saya kongsikan maklumat berkenaan acuan kuih sepit / kapit (baca di sini) dan acuan kuih Goyang/Loyang/Ros (baca di sini), kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan acuan Kuih Bahulu pula.
sumber gambar |
Kuih Bahulu merupakan salah satu kuih tradisional yang masih digemari ramai sehingga kini. Cuma cara pembuatan sudah sedikit berbeza. Kalau zaman dahulu terpaksa menggunakan sabut...tengok betapa kreatif nya orang zaman dahulu. Mereka menggunakan sabut dan bakar dan kemudian letakkan di bahagian atas periuk yang digunakan untuk membakar. Tujuannya adalah untuk membakar bahagian atas kuih bahulu. Tengok gambar seperti di bawah ni. Saya memang ada pengalaman menolong emak saya semasa membuat kuih bahulu seperti gambar di atas. Memang mengambil masa yang lama.
sumber gambar |
Berbalik kepada cerita acuan kuih bahulu ini, acuan kuih bahulu ini diperbuat daripada tembaga dan memang agak berat. Acuan ini juga mempunyai beberapa jenis bentuk. Ada yang berbentuk ikan yang besar, yang ini biasanya dibuat untuk majlis pertunangan atau perkahwinan. Ada juga dalam satu acuan mempunyai pelbagai bentuk bunga. Masing-masing mempunyai citarasa bentuk yang berbeza namun rasa kuih bahulu tetap sama. Kuih Bahulu yang sedap sekiranya kuih tersebut ringan, lembut dan rangup/garing (macam goreng plak :)) sedikit (ini pada pendapat saya :)).
sumber gambar |
sumber gambar |
sumber gambar |
sumber gambar |