Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.

Tuesday, August 07, 2007

Resepi - Kuih Bahulu

Bahan-bahan:-

4 biji telur
125 gm tepung serbuk penaik
125 gm gula halus, dijemur sebentar

Secubit garam
2 sudu teh tepung beras

Cara Membuat:-

Pukul telur sehingga berbuih, masukkan gula dan pukul lagi sehingga pekat. Sedikit demi sedikit, masukkan tepung yang diayak bersama gula tadi dan kacau perlahan-lahan untuk mendapatkan satu adunan yang rata. Dengan menggunakan api arang, panas dan minyakkan acuan kuih bahulu. Dengan menggunakan sudu, isikan adunan itu ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh dan kemudian tutup dengan tudungnya. Masak sehingga elok naiknya dan bahagian atas serta bawah kuih bahulu itu kuning keemasan. Keluarkan kuih bahulu yang telah masak itu. Ulang proses ini sehingga semua adunan habis digunakan. Sejukkan. Hidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.

4 comments:

Pika 'Qa said...

cara wat kuih bahulu ne x cmpur ke tepung gandum.????

Unknown said...

asalamualaikum.

rasanya anda terlupa nak letak bara di atas penutup pembakar. kalau tak bahagian atas kuih tidak akan masak kekuningan. jgn lupa kuih bahulu ni di bakar dengan bara api je. ini adalah cara hands-on yang nenek akak ajar 35 tahun dahulu! gunakan penyepit arang yang panjang sedepa tu untuk angkat penutupnya supaya tangan tak terbakar.

wasalam/ Pn Fari - Petaling Jaya