Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.
Showing posts with label Kuih bahulu. Show all posts
Showing posts with label Kuih bahulu. Show all posts

Friday, November 14, 2025

Peralatan Kuih Tradisional Zaman Nenek Kita – Masih Ada Lagi Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman dulu, sebelum wujudnya blender, mixer elektrik dan oven moden, nenek-nenek kita hanya bergantung kepada peralatan tradisional yang kadang-kadang nampak simple… tapi hasil kuihnya memang power. Kalau anda pernah tengok orang lama buat kuih, mesti rasa kagum bagaimana mereka boleh hasilkan kuih sedap hanya dengan alat yang “low tech”. 
Hari ini, jom kita throwback tengok beberapa peralatan kuih tradisional yang dulu sangat popular — tapi sekarang dah makin susah nak jumpa.

1. Acuan Bahulu Tembaga

 Acuan Bahulu


Acuan besar, berat, dan biasanya warna keemasan sebab diperbuat daripada tembaga.

Zaman dulu, bahulu dimasak menggunakan arang: panas dari atas dan bawah.
Sebab itu bahulu dulu wangi, garing luar, lembut dalam — memang tak ada pesaing!

Sekarang ramai guna acuan silikon atau oven moden… tapi rasa tetap tak sama.

Yang banyak di pasaran sekarang Acuan Bahulu Aluminium.
 

2. Acuan Kuih Loyang / Kuih Goyang

 
Inilah acuan untuk buat kuih loyang atau kuih goyang semasa raya.

Hujungnya berbentuk bunga, bintang atau corak tradisional.

Zaman dulu orang panaskan acuan dalam minyak panas, celup dalam adunan, kemudian goyang perlahan.

Tak semua orang pandai kawal suhu — sebab itu kuih loyang dulu cantik bentuknya.

Kalau dulu Satu batang untuk satu acuan kuih. Zaman sekarang ada yang jenis satu batang ada banyak acuan, jimat masa ni.

Acuan Kuih Goyang Moden
sumber gambar



3. Dapur Arang (Batu atau Tanah Liat)

Sebelum ada dapur gas, kebanyakan kuih seperti bahulu, kuih bakar, dan kuih kapit dimasak dengan dapur arang.
 
Arang memberikan:
  • haba yang sekata
  • aroma yang unik
  • rasa lebih “traditional smoky”
Walaupun nampak remeh, dapur arang inilah rahsia utama rasa kuih tradisional tidak boleh ditiru oleh dapur moden.


4. Lesung Batu
Sebelum blender wujud, semua kerja menumbuk dilakukan dengan lesung batu.

Kelapa, gula melaka, daun pandan, beras — semuanya dilumatkan dengan tenaga tangan.

Walaupun penat, hasilnya lebih halus dan aroma lebih kuat kerana serat bahan tak “tercincang” terlalu laju seperti blender.

Walaupun demikian, lesung batu ni masih lagi digunakan sampai sekarang. 

 
5. Alat Mengayak Tepung Tradisional

Pengayak Tempung
Pengayak dah moden - sumber gambar

Diperbuat daripada kain jarang atau besi berlubang halus.

Untuk kuih seperti bahulu, kuih lapis, seri muka — tepung mesti diayak supaya gebu dan tak berketul.

Sekarang semua orang guna sifter moden, tapi alat tradisional tetap ada tarikannya.

6. Kuali Tembaga

Kalau buat dodol, wajik atau kuih yang perlukan kacau berjam-jam, kuali tembaga adalah hero utama.

Kelebihan kuali tembaga: 
  • tak cepat hangus
  • panas sekata
  • tahan lama (ada yang turun-temurun sampai 3 generasi!)
 
7. Acuan Kuih Kapit Besi

 Acu Kuih Kepit

Dua keping besi nipis dengan pemegang panjang.

Dulu dipanaskan di atas api dapur arang, dicelup adunan nipis, dan ditekap sehingga rangup.

Kuih kapit moden memang ada, tapi yang digoreng guna acuan lama tetap lagi wangi dan nipis.

Walaupun peralatan moden memudahkan hidup kita, peralatan tradisional tetap menyimpan nostalgia dan rasa “authentic” yang sukar diganti.


Thursday, March 01, 2018

Kuih Bahulu Asli Dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bahulu Bentuk love
Memang Sedap Dan Rasa Asli

Kepada peminat kuih tradisional .. mesti tahu kuih bahulu .. kuih tradisional yang terkenal ketika musim perayaan. Kalau dahulu kuih ini kita makan ketika musim perayaan sahaja...tetapi sekarang ramai yang menjual kuih ini walaupun bukan musim perayaan..kalau teringin..dah senang nak cari.


Di pasaraya pun ada orang jual kuih bahulu tetapi kebanyakan yang jual di pasaraya bukan kuih bahulu yang asli...rasanya seperti kek sahaja...


Sekarang guna oven sahaja buat kuih bahulu ini. Teringat masa zaman ketika kecil dahulu..tolong mak buat kuih ini. Pagi dah kena pukul telur dalam pasu..pukul sampai kembang..lama tu nak pukul telur tu...lepas tu tolong mak bakar plak...guna dapur minyak tanah jer (gambar macam kat bawah tu)...ada api bahagian atas dan bawah...api bahagian atas tu...kalau tak silap letak tudung periuk yang dah tak digunakan...lepas tu letak sabut kelapa dan arang...memang leceh nak membuatnya...dari pagi sampai malam..manual tengok dah masak ke belum...berpeluh juga la nak menunggu masak semuanya...sekarang senang...set je masa..



Kredit Untuk Pemilik Blog INI
Hasil kuih bahulu yang mak buat dahulu...memang sedap yang amat..ada rangup2..lepas tu tahan lama...kuih bahulu sekarang...ada yang cepat berkulat..tak tahan lama..

Sekarang ini kalau teringin nak makan kuih ini..senang...sebab ada sedara yang buat jual kuih ini dan rasanya memang sedap. Memenuhi citara dan tak ada la rasa macam kek jer. Gambar kat atas tu..itu la kuih bahulu yang sedap tu... mmm...


Thursday, April 17, 2014

Acuan Kuih Bahulu


Assalamualaikum


Kalau sebelum ini saya kongsikan maklumat berkenaan acuan kuih sepit / kapit (baca di sini) dan acuan kuih Goyang/Loyang/Ros (baca di sini), kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan acuan Kuih Bahulu pula.


Kuih Bahulu
sumber gambar

Kuih Bahulu merupakan salah satu kuih tradisional yang masih digemari ramai sehingga kini. Cuma cara pembuatan sudah sedikit berbeza. Kalau zaman dahulu terpaksa menggunakan sabut...tengok betapa kreatif nya orang zaman dahulu. Mereka menggunakan sabut dan bakar dan kemudian letakkan di bahagian atas periuk yang digunakan untuk membakar. Tujuannya adalah untuk membakar bahagian atas kuih bahulu. Tengok gambar seperti di bawah ni. Saya memang ada pengalaman menolong emak saya semasa membuat kuih bahulu seperti gambar di atas. Memang mengambil masa yang lama.



Acuan Kuih Tradisional
sumber gambar

Berbalik kepada cerita acuan kuih bahulu ini, acuan kuih bahulu ini diperbuat daripada tembaga dan memang agak berat. Acuan ini juga mempunyai beberapa jenis bentuk.  Ada yang berbentuk ikan yang besar, yang ini biasanya dibuat untuk majlis pertunangan atau perkahwinan. Ada juga dalam satu acuan mempunyai pelbagai bentuk bunga. Masing-masing mempunyai citarasa bentuk yang berbeza namun rasa kuih bahulu tetap sama. Kuih Bahulu yang sedap sekiranya kuih tersebut ringan, lembut dan rangup/garing (macam goreng plak :)) sedikit (ini pada pendapat saya :)). 



Acuan Kuih Bahulu
sumber gambar


Acuan Kuih Bahulu
sumber gambar


Acuan Kuih Bahulu
sumber gambar


Acuan Kuih Tradisional
sumber gambar

Tuesday, August 07, 2007

Resepi - Kuih Bahulu

Bahan-bahan:-

4 biji telur
125 gm tepung serbuk penaik
125 gm gula halus, dijemur sebentar

Secubit garam
2 sudu teh tepung beras

Cara Membuat:-

Pukul telur sehingga berbuih, masukkan gula dan pukul lagi sehingga pekat. Sedikit demi sedikit, masukkan tepung yang diayak bersama gula tadi dan kacau perlahan-lahan untuk mendapatkan satu adunan yang rata. Dengan menggunakan api arang, panas dan minyakkan acuan kuih bahulu. Dengan menggunakan sudu, isikan adunan itu ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh dan kemudian tutup dengan tudungnya. Masak sehingga elok naiknya dan bahagian atas serta bawah kuih bahulu itu kuning keemasan. Keluarkan kuih bahulu yang telah masak itu. Ulang proses ini sehingga semua adunan habis digunakan. Sejukkan. Hidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.