Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.

Saturday, August 31, 2013

Pembekal Kuih Bangkit / Kuih Bakar / Kuih Ros / Kuih Loyang

Untuk Tempahan tahun 2016..sila klik link di bawah:-

Tempahan Simpul Kasih Sedap
Tempahan Kuih Bangkit


Kami merupakan pembekal kuih bangkit santan ataupun di sesetengah tempat dikenali sebagai kuih bakar. Adunan kuih ini dihasilkan oleh orang lama dan rasanya amat sedap dan kepada penggemar kuih tradisional pasti menggemarinya. Kami juga pembekal kuih ros atau nama-nama lainnya kuih loyang atau kuih goyang. Harga adalah seperti berikut:

Kuih Bangkit / Bakar:-

1 balang (lebih kurang 50 - 60 biji) = RM16

Kuih Bakar

Kuih Bakar


Kuih Ros / Loyang / Goyang :-

1 balang (50 pcs) = RM15


Kuih Loyang / Goyang

Kuih Loyang / Goyang


Kepada mereka yang ingin membeli lebih dari 5 balang ataupun kepada pemborong, harga istimewa akan diberi. Sesiapa yang ingin menjadi ejen amat dialu-alukan.

Penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor (sesetengah tempat sahaja) adalah percuma tetapi jumlah belian mestilah sekurang-kurangnya 5 balang. Kepada mereka yang berada di luar kawasan KL dan Selangor, harga tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi nombor atau email seperti di bawah:-

Bob : 
Email: 

Sekian, Terima Kasih.



Sunday, July 21, 2013

Resepi Kuih Ros / Loyang / Goyang

Kuih Ros


Bahan-bahan:-


1kg tepung beras

4 biji telur
3 cawan gula
Sebiji kelapa (3 kali perahan)
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:-


1. Telur dipukul - bagi kuning dan putih campur sekata

2. Masukkan telur, gula ke dalam tepung 
3. Masukkan santan..gaulkan semuanya .. mula-mula tepung akan berketul sedikit..kacau jer sampai tak berketul dan gula dah tak terasa di tangan...jangan terlampau pekat dan jgn terlampau cair...
4. Tapiskan tepung 
5. Panaskan minyak dan acu
6. Bila minyak dan acu sudah cukup panas...mula lah menggoreng..


Tips:-

1. Ada orang masukkan tepung gandum untuk bagi rangupkan lagi...boleh la masukkan 1 sudu besar 

2. Minyak jangan terlampau panas...kalau terlampau panas...kuih akan menggerutu 
3. Acu tak boleh terlampau panas sebab nanti tepung tak lekat di acu
4. Acu pun tak boleh sejuk sebab nanti tepung tak lekat di acu
5. Bila nak menggoreng...dan tepung dah lekat di acu...jgn terus letak di atas kuali...biar dipegang dulu...dalam 20 sec dipegang, baru letakkan di atas kuali...kalau terus letak...klu tepung agak cair...akan berlubang..
6. Biarkan dalam acu sampai dah boleh jadi bentuk bunga...kalau cepat sangat keluarkan dari acu...nanti tak cantik
7. Sesetengah kuih akan berminyak...kalau berminyak...tepung tu dah cair sangat...klu ada tepung beras lg...masukkan sedikit...klu tak ada..terpaksa la tos kan minyak...biasanya guna tisu utk dapur tu....tisu tu cepat serap minyak...letak tisu atas n bawah kuih
8. Guna lidi sate tuk membalik dan mengangkat kuih...lagi senang...

Banyaknya tips...selamat mencuba..


Tuesday, June 18, 2013

Kuih-Kuih Raya Tradisional

Bila raya dah nak dekat ni…mesti masing-masing sibuk dengan kuih-kuih raya…walaupun banyak kuih raya moden yang sedap-sedap tapi kuih raya tradisional masih menjadi pilihan…antara kuih raya tradisional yang popular adalah seperti berikut:-

  1. Kuih Bangkit/Bakar (mentang-mentang la pembekal kuih bangkit…hehehe…paling atas tu)
  2. Kuih Bahulu (masa dulu susah nak buat kuih ni…kena bakar atas bawah….atas tu taruk macam sabut/arang)
  3. Kuih Sepit (susah gak nk buat ni…bab nak lipat2 / gulung tu yang leceh…)
  4. Biskut Samprit
  5. Kuih Putu Kacang (dulu kena letak kat tempat panas…cuaca panas…jemur…skang tak tau la buat camne)
  6. Kuih Goyang (kena goyangkan acuan tu tuk kuar kn tepung tu dari acuan..goyang..goyang)
  7. Dodol (ini kalau nak kacau…mau meleleh-leleh peluh keluar..)
  8. Kuih Karas
  9. Tumpi
  10. Rempeyek/Tempeyek

Wednesday, February 27, 2013

Kuih Lopeh Sagu


Sagu Kelapa

Punya la lama aku tak update blog ni. Kali ni aku nak share resepi Kuih Lopeh Sagu (tak tau la kat negeri lain nama lain plak). Kuih ni memang salah satu faveret aku...tadi kelapa suruh anak aku g kat kedai beli...x berapa cantik ler kelapa nya. Resepi ni kakak aku yang bagi, dia pun penggemar kuih ni.

Bahan-bahan:-

2 cawan sagu
3 cawan air
1 cawan gula
1 helai daun pandan (simpulkan jer)
pewarna (sukahati la nak warna merah ke..hijau ker..)
nyior (kelapa la tu..) putih

Cara-Cara:-

1. Sagu direndam dalam 10 minit kemudian toskan
2. Masukkan air, gula, pewarna dan daun pandan
3. Masak sehingga mendidih
4. Masukkan Sagu dan kacau sampai kembang
5. Bila dah kembang, angkat dan bubuh dalam loyang atau acuan
6. Bila dah sejuk - potong dan gaulkan nyior putih dan sikit garam
7. Siap untuk dihidang

Kuih ni akan rasa lembik sikit sebab aku tak suka jenis keras. Lembik lagi sedap.