Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.
Showing posts with label Kuih Goyang. Show all posts
Showing posts with label Kuih Goyang. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Acuan Kuih Goyang / Loyang / Ros


Kepada sesiapa yang ingin membuat kuih goyang (resepi cara membuat kuih goyang ada di sini) ... diwajibkan untuk mencari acuan nya... kalau tak ada acuan kuih tersebut macam mana nak menggoyang kan. Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk acuan kuih goyang ini. Yang biasa kita tengok adalah yang berbentuk bulat. Dari blog Nasi Lemak Lover, ada pelbagai bentuk lain rupanya. Ada yang berbentuk bintang dan rama-rama. Menarik kan..Rama-rama tu macam menarik jer. Biasanya saya guna yang berbentuk bulat jer.


acuan kuih ros
Credit to Nasi Lemak Lover

Sunday, September 01, 2013

Pembekal Kuih Bangkit / Kuih Bakar / Kuih Ros / Kuih Loyang

Untuk Tempahan tahun 2016..sila klik link di bawah:-

Tempahan Simpul Kasih Sedap
Tempahan Kuih Bangkit


Kami merupakan pembekal kuih bangkit santan ataupun di sesetengah tempat dikenali sebagai kuih bakar. Adunan kuih ini dihasilkan oleh orang lama dan rasanya amat sedap dan kepada penggemar kuih tradisional pasti menggemarinya. Kami juga pembekal kuih ros atau nama-nama lainnya kuih loyang atau kuih goyang. Harga adalah seperti berikut:

Kuih Bangkit / Bakar:-

1 balang (lebih kurang 50 - 60 biji) = RM16

Kuih Bakar

Kuih Bakar


Kuih Ros / Loyang / Goyang :-

1 balang (50 pcs) = RM15


Kuih Loyang / Goyang

Kuih Loyang / Goyang


Kepada mereka yang ingin membeli lebih dari 5 balang ataupun kepada pemborong, harga istimewa akan diberi. Sesiapa yang ingin menjadi ejen amat dialu-alukan.

Penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor (sesetengah tempat sahaja) adalah percuma tetapi jumlah belian mestilah sekurang-kurangnya 5 balang. Kepada mereka yang berada di luar kawasan KL dan Selangor, harga tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi nombor atau email seperti di bawah:-

Bob : 
Email: 

Sekian, Terima Kasih.



Monday, July 22, 2013

Resepi Kuih Ros / Loyang / Goyang

Kuih Ros


Bahan-bahan:-


1kg tepung beras

4 biji telur
3 cawan gula
Sebiji kelapa (3 kali perahan)
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:-


1. Telur dipukul - bagi kuning dan putih campur sekata

2. Masukkan telur, gula ke dalam tepung 
3. Masukkan santan..gaulkan semuanya .. mula-mula tepung akan berketul sedikit..kacau jer sampai tak berketul dan gula dah tak terasa di tangan...jangan terlampau pekat dan jgn terlampau cair...
4. Tapiskan tepung 
5. Panaskan minyak dan acu
6. Bila minyak dan acu sudah cukup panas...mula lah menggoreng..


Tips:-

1. Ada orang masukkan tepung gandum untuk bagi rangupkan lagi...boleh la masukkan 1 sudu besar 

2. Minyak jangan terlampau panas...kalau terlampau panas...kuih akan menggerutu 
3. Acu tak boleh terlampau panas sebab nanti tepung tak lekat di acu
4. Acu pun tak boleh sejuk sebab nanti tepung tak lekat di acu
5. Bila nak menggoreng...dan tepung dah lekat di acu...jgn terus letak di atas kuali...biar dipegang dulu...dalam 20 sec dipegang, baru letakkan di atas kuali...kalau terus letak...klu tepung agak cair...akan berlubang..
6. Biarkan dalam acu sampai dah boleh jadi bentuk bunga...kalau cepat sangat keluarkan dari acu...nanti tak cantik
7. Sesetengah kuih akan berminyak...kalau berminyak...tepung tu dah cair sangat...klu ada tepung beras lg...masukkan sedikit...klu tak ada..terpaksa la tos kan minyak...biasanya guna tisu utk dapur tu....tisu tu cepat serap minyak...letak tisu atas n bawah kuih
8. Guna lidi sate tuk membalik dan mengangkat kuih...lagi senang...

Banyaknya tips...selamat mencuba..