Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.

Tuesday, June 28, 2016

Kuih Muih Mak Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Teringat masa zaman kanak-kanak dan zaman remaja di mana masa tu masih tinggal dengan mak dengan apak. Bila masa bulan Ramadhan mak mesti buat kuih muih. Setiap hari mesti buat kuih. Bertukar la setiap hari. Di antara kuih muih yang mak buat masa bulan puasa adalah seperti..

1. Buah Melaka / Onde onde

Sumber dari SINI
Buah Melaka ini antara kuih yang wajib di buat masa bulan Ramadhan. Kuih ini juga hanya di jual di bulan Ramadhan. Kalau selain bulan Ramadhan, jarang sangat orang jual. Mak biasanya arah je anak dia yang sorang ini buat...masuk tepung berapa, santan berapa banyak, A - Z anak dia ni la yang buat. So anak dia ni..tau la buat kuih ni. Senang jer. 

2. Badak Berendam

kuih tradisional


Bila buat badak berendam ni, Mak cuma suruh buat bulat2 dan letak inti dalam tu. Yang lain-lain mak yang buat. Kuih ini pun antara kuih yang banyak dijual masa bulan Ramadhan. Macam mana nama kuih ni boleh dapat yer... 

3. Kuih Cecemek

Kuih Tradisional
Sumber dari SINI
Nama kuih ni baru diketahui setelah termenonton rancangan di TV. Ingatkan namanya sama dengan Badak Berendam cuma kuih ini jenis terbuka kat bahagian atas...ternganga. Rupanya namanya Cecemek. Ini antara menu wajib di bulan puasa. Mak dulu suruh buat bentuk kuih tu je lepas tu letak gula merah atau gula kabung campur dengan gula biasa. Bila bab nak kukus dan letak santan tu..mak yang buat. Kuih ini memang terbaik...antara kuih kegemaran anak mak ni. Tapi mak kukus dalam lengat je  (tau ke korang lengat tu apa?)..tak ada la letak dalam daun macam dalam gambar tu.

4. Kuih Talam

Kuih Tradisional
Sumber dari SINI

Kuih ini juga menu wajib masa bulan Ramadhan. Tapi bila kuih talam ini, mak tak minta tolong anak dia ... dia buat sendiri semua..tak pun dia minta tolong perah santan jer. Anak dia tau makan je. Ada juga kuih talam yang atasnya warna coklat tu..agaknya kuih talam gula merah. Sedap tu..

5. Kuih Seri Muka

Kuih Tradisional
Sumber dari SINI
Kuih Seri Muka ni cara membuatnya lebih kurang sama dengan kuih talam cuma bezanya kuih Seri Muka ini bawahnya pulut. Kuih ni kalau atas tu lembek sikit...memang sedap. Kalau keras tak sedap :). Kalau mak buat kuih ini..memang sedap. Tapi masalahnya semua kuih yang mak buat semua sedap. Kalau buat kuih ni mak jarang minta tolong. Dia buat semua. 

6. Kuih Lopeh Sagu


Kuih lopeh sagu ni juga selalu mak buat. Senang je buat kuih ini .. itu pun selepas anak mak ni dah tua baru nak cuba buat... hehehe. Kalau nak tau resepi buat kuih ini pergi ke SINI. Kalau lembek sikit baru sedap. Tapi kalau orang nak buat jual, mesti keras sikit..senang nak potong.

7. Kuih Limas / Kuih Tepung Pelita

Sumber dari SINI
Kuih Limas ni pun mak suka juga buat. Sedapnya kuih ni. Bila berair bawah nya,,,mesti sedap rasanya. 

Selain daripada itu banyak la kuih-kuih lain yang mak buat...macam cucur...cucur udang ke...ikan bilis ker...tapi paling terbaik cucur udang campur daun kucai. Kuih Bengkang pun mak selalu buat...kuih karipap, kuih gelang pun biasa...kiranya banyak sangat la kuih yang mak selalu buat...tukar menu hari-hari. Tapi malangnya anak mak ni tak ikut jejak mak...anak mak ni asyik kuih tunjuk jer...tak rajin sangat nak buat kuih muih. Jenis senang macam cucur tu buat la...itu pun kalau sempat. Sampai rumah pun dah nak waktu berbuka.



4 comments:

Hairul Hissam said...

Yang saya suka kuih pelita tu...

Kakzakie Purvit said...

Cecemek tu kakak tak tahu Noe
Tapi yg lain samalah..
Kakak baru minggu lepas buat badak berendam
Anak-anak kakak suka:)

OKje said...

Noe ni blog mana pulak ni....blog lain ek?
Paling suka kuih buah Melaka tu. Tp nak buat malas bukannya susah pun

nOe suhaimi said...

@Hairul Hissam - sama la kita la :)
@Kak Zakie - cecemek tu x jumpa lagi org jual... cuma mak je yg buat...Wah..mesti badak berendam kak zakie sedap ni...anak2 suka..
@OKje - ni blog lagi satu...tuk kuih muih je...personal blog...lagi satu tu hehehe