Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.

Saturday, July 21, 2012

Kuih Gelang / Keria









Resepi kedua yang aku buat untuk 1 Ramadhan ialah Kuih Gelang atau di sesetengah tempat di panggil Kuih Keria.


Bahan-Bahan:-

1. Ubi Keledek
2. Gula
3. Air
4. Tepung Gandum (bergantung pada berapa banyak ubi keledek)

Cara-Cara:-

1. Buang kulit ubi keledek dan rebuskan
2. Bila dah empuk, buang air rebus
3. Lenyekkan semasa ubi sedang panas dan terus masukkan tepung dan gula sedikit
4. Tepung jangan banyak sangat nanti keras. Tepung sekadar untuk membolehkan ubi tu dibuat buat
5. Bila ubi dah tak melekat di tangan..buat la bentuk gelang dan kemudian goreng
6. Goreng nampak kuning jer..jangan garing ..nanti keras
7. Bila dah goreng jadi la seperti gambar di bawah ni.

 


Kuih Keria 
nak cepat..camni la rupanya..

8. Bila semua dah digoreng, masukkan sedikit air dalam kuali dan juga gula
9. Gula tengok la berapa banyak hasil kuih gelang tadi tu...kalau banyak..banyak la taruk gula tu...
10. Bila gula + air tu dah menggelegak dan nampak macam pekat sikit...padam kan api...
11. Masukkan kuih2 gelang tadi kemudian kacau sampai gula tu jadi keras 
12. Jangan buka api...nanti gula jadi cair balik
13. Gaul sampai jadi seperti di bawah.

Kuih Keria
Inilah hasilnya...

Pengat Ubi

Hari pertama puasa aku membuat dua jenis masakan yang berkaitan dengan Ubi Keledek. Yang pertama aku masak Pengat Ubi. Pengat Ubi ni cadangan dari kakak aku..dia cakap sedap bukan main (sedap sesangat la katakan..biasa la masa puasa..semua sedap).


Pengat Ubi
Ubi Keledek Yang Telah Dipotong Keci-kecil

Bahan-Bahan:-

1. Ubi Keledek (elok diguna yang jenis keledek oren - potong kecil-kecil, jangan besar penumbuk lak...)
2. Biji Sagu - tak perlu banyak sangat, tengok jumlah keledek
3. Gula merah - ikut suka la..
4. Gula putih - agak-agak la..ada orang suka manis, ada orang suka manis2 buah je
5. Daun pandan 2 helai
6. Santan kelapa sebiji
7. Air - sikit jer untuk masak gula merah

Ubi
Ubi yang dimasukkan dalam gula merah

Cara-Cara:- 

1.  Masukkan gula merah dalam periuk dan masukkan air (tak perlu banyak sangat)
2. Bila dah menggelegak tapiskan gula merah (sbb dalam gula merah tu mcm ada pasir)
3. Panas kan balik gula merah dan masuk kan Ubi keledek & gula putih
4. Bila dah menggelegak masukkan santan dan sagu dan daun pandan
5. Biar sampai sagu dah elok kembang dan ubi dan elok empuk
6. Pastu rasa la..kalau kurang manis..tambah lagi gula..kalau terlebih manis masukkan la air lagi..kalau nampak pekat sangat..masukkan air ..pandai-pandai la...hehehe
 
 
Biji Sagu
Ini la biji sagu

Bila dah masak tu..hidang la..setengah orang suka makan dengan roti dan ada yang makan begitu saja...suka hati la nak makan macam mana.


Ubi 
Ini lah hasilnya