Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.

Thursday, March 01, 2018

Kuih Bahulu Asli Dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bahulu Bentuk love
Memang Sedap Dan Rasa Asli

Kepada peminat kuih tradisional .. mesti tahu kuih bahulu .. kuih tradisional yang terkenal ketika musim perayaan. Kalau dahulu kuih ini kita makan ketika musim perayaan sahaja...tetapi sekarang ramai yang menjual kuih ini walaupun bukan musim perayaan..kalau teringin..dah senang nak cari.


Di pasaraya pun ada orang jual kuih bahulu tetapi kebanyakan yang jual di pasaraya bukan kuih bahulu yang asli...rasanya seperti kek sahaja...


Sekarang guna oven sahaja buat kuih bahulu ini. Teringat masa zaman ketika kecil dahulu..tolong mak buat kuih ini. Pagi dah kena pukul telur dalam pasu..pukul sampai kembang..lama tu nak pukul telur tu...lepas tu tolong mak bakar plak...guna dapur minyak tanah jer (gambar macam kat bawah tu)...ada api bahagian atas dan bawah...api bahagian atas tu...kalau tak silap letak tudung periuk yang dah tak digunakan...lepas tu letak sabut kelapa dan arang...memang leceh nak membuatnya...dari pagi sampai malam..manual tengok dah masak ke belum...berpeluh juga la nak menunggu masak semuanya...sekarang senang...set je masa..



Kredit Untuk Pemilik Blog INI
Hasil kuih bahulu yang mak buat dahulu...memang sedap yang amat..ada rangup2..lepas tu tahan lama...kuih bahulu sekarang...ada yang cepat berkulat..tak tahan lama..

Sekarang ini kalau teringin nak makan kuih ini..senang...sebab ada sedara yang buat jual kuih ini dan rasanya memang sedap. Memenuhi citara dan tak ada la rasa macam kek jer. Gambar kat atas tu..itu la kuih bahulu yang sedap tu... mmm...


Monday, February 26, 2018

Baju dan Kuih Raya 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Walaupun Syawal ada beberapa bulan lagi tapi penjualan baju raya dan kuih raya sudah pun bermula. Di FB dah kelihatan jualan untuk baju raya..begitu juga di deret kedai...dah kelihatan banner2 untuk baju raya tahun 2018. Agak-agaknya apa la fesyen baju raya tahun ni yer...

Promosi kuih raya pun dah kelihatan di whatsapp. Tapi ye la...kita rasa lambat lagi tapi sebenarnya pejam celik pejam celik ... Ramadhan dah muncul...menyusul pula Syawal...bagus juga buat marketing awal2..lagi pun ramai juga yang jenis buat persiapan awal2...nanti senang...bila Ramadhan dah muncul boleh concentrate buat amal ibadat...cuma kuih takkan nak buat awal2 kan...

Tahun lepas blog ni langsung tak ada siaran...InsyaAllah .. tahun ni akan bersiaran semula.