Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Kuih Tradisional.

Monday, October 19, 2009

Resepi Roti Roll

Roll Bread
Malam tadi baru buat roti roll (betul la kut namanya). Resepinya kawan aku yang beritahu.

Bahan-bahan:-

Kulit Popia
Roti buku (roti gardenia tu la)
Hotdog
Telur (+ garam)

Cara-caranya:-

1. Goreng telur sampai hancur
2. Hotdog direbus atau digoreng
3. Gelek roti buku kasi leper (supaya masa goreng minyak tak meresap masuk ke dalam roti)
4. Masukkan telur + hotdog - digulung
5. Digulung pula dengan kulit popia (nak rapatkan kulit tu hujung kulit tu taruk la air tepung gandum)
6. Goreng - cukup la sekadar kulit popia tu kekuningan sebab hotdog + telur tadi sudah dimasak
7. Dihidangkan bersama2 mayonis + sos cili

Selamat mencuba.

Wednesday, August 12, 2009

Pembekal Kuih Bangkit / Kuih Bakar

Atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan tempahan ditutup untuk sementara waktu. 

Kuih Bakar
Kuih Bakar
Kuih Bakar
Kami merupakan pembekal kuih bangkit santan ataupun di sesetengah tempat dikenali sebagai kuih bakar. Adunan kuih ini dihasilkan oleh orang lama dan rasanya amat lemak dan kepada penggemar kuih tradisional pasti menggemarinya. Harga adalah seperti berikut:

1 balang (50 biji) = RM16
2 balang (100 biji) = RM32

Kepada mereka yang ingin membeli lebih dari 5 balang ataupun kepada pemborong, harga istimewa akan diberi.

Penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor (sesetengah tempat sahaja) adalah percuma tetapi jumlah belian mestilah sekurang-kurangnya 2 balang. Kepada mereka yang berada di luar kawasan KL dan Selangor, harga tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi nombor atau email seperti di bawah:-



Sekian, Terima Kasih.